PROGRAM KARNIVAL D’BENDANG PERPADUAN DUN BINTONG 2026 @ KEMPEN INTERNET SELAMAT
18 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mei 2026, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama NADI telah menyertai Program Karnival D’Bendang Perpaduan DUN Bintong 2026 dengan membuka booth bagi Kempen Internet Selamat (KIS).
Sepanjang program berlangsung, pengunjung telah diberikan taklimat dan pendedahan mengenai Kempen Internet Selamat (KIS) yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti soal selidik berkaitan KIS serta memenangi goodies yang disediakan.
Penyertaan MCMC dan NADI dalam program ini dapat membantu menyampaikan mesej keselamatan dalam talian secara lebih dekat dan interaktif kepada komuniti setempat, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjadi pengguna digital yang bijak dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: